Cleaning Services

Language: EN| BM

Terma-Terma & Syarat-Syarat Biasa yang Menguasai Kontrak Pembersihan COURTS

Definisi:

Dalam perjanjian ini, perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud yang berikut:

  1. "kita", "kami" dan "kami punya" merujuk kepada to COURTS (Malaysia) Sdn. Bhd (154820-D).
  2. "anda" dan "anda punya" merujuk kepada pelanggan atau pembeli Perkhidmatan (yang ditakrifkan di bawah) dari COURTS (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda telah membeli dari kami perkhidmatan pembersihan ("Perkhidmatan") untuk tilam-tilam dan/atau sofa-sofa ("Barang") dan telah bersetuju untuk diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan Perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah.

Anda berhak untuk:

  1. di mana anda telah membeli pakej untuk Perkhidmatan, pelaksanaan Perkhidmatan dalam Malaysia adalah sebanyak dua kali; atau
  2. di mana anda telah membeli Perkhidmatan secara tunggal, pelaksanaan Perkhidmatan dalam Malaysia adalah sekali sahaja,

dalam keadaan apa jua pun, di atas permintaan yang kena dibuat melalui nombor telefon 1300-221-123 (atau nombor lain yang mungkin dimaklumkan kepada anda dari masa ke semasa) dari Isnin hingga Jumaat, 9.00pagi ke 6.00petang.

"Perkhidmatan" yang anda beli mesti digunakan dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh pembelian Perkhidmatan atau penghantaran serah (jika lebih kemudian) Barang tersebut oleh kami. Sekiranya anda tidak meminta pelaksanaan Perkhidmatan dalam tempoh tersebut, hak anda kepada Perkhidmatan akan luput dan anda tidak berhak mendapat sebarang bayaran balik wang.

Ada kemungkinan bahawa Perkhidmatan tidak dapat menanggalkan semua kesan kotoran pada Barang. Kami akan menggunakan usaha munasabah untuk menanggalkan atau memudarkan kesan kotoran tersebut tetapi tiada waranti diberi mengenai keberkesanan Perkhidmatan dalam menanggalkan kesan kotoran itu.

Sebarang maklum balas mengenai Perkhidmatan mesti disampaikan kepada kami dalam 24 jam selepas Perkhidmatan yang berkaitan telah siap dilaksanakan, di mana selepas itu kami tidak lagi bertanggungan dan/atau bertanggungjawab.

Kami merizabkan hak untuk menolak suatu permintaan untuk Perkhidmatan jika Barang didapati (dalam budi bicara kami yang tunggal dan mutlak) adalah tidak elok atau dalam keadaan yang tidak memuaskan, seperti tetapi tidak terhad kepada (i) fabrik atau upholsteri yang koyak, lusuh atau usang atau (ii) warna yang kurang lekat. Dalam keadaan penolakan tersebut kami akan mengembalikan kepada anda sebahagian bersekadar harga yang dibayar untuk Perkhidmatan, dan hak anda kepada mana-mana Perkhidmatan yang tidak dilaksanakan akan dibatalkan.

Walau apa peruntukan lain pun dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh:-

  1. kecacatan dalam bahan Barang atau kelekatan warnanya atau
  2. kelemahan dalam fabrik Barang.

Dalam keadaan di mana kerosakan atau kerugian terjadi akibat Perkhidmatan, walau dalam apa cara pun, di mana kami menerima liabiliti, tanpa prejudis, liabiliti tersebut adalah terhad kepada nilai berpatutan Barang yang terjejas tersebut, selepas mengambil kira nilainya, akibat usia dan kegunaannya, tetapi tidak akan melebihi LIMA kali harga Perkhidmatan yang dibeli untuk Barang tersebut. Untuk Barang yang bukan dalam skop kerja kami, liabiliti tersebut tidak akan melebihi jumlah gabungan sebanyak RM 3,000 berkaitan dengan Barang tersebut.

Barang yang rosak akan menjadi harta kami sebaik sahaja tuntutan anda telah disahkan dan penyelesaian penuh tuntutan anda dibuat oleh kami.

Kontrak ini tidak boleh dipindahmilik oleh anda. Kami boleh dengan memberi anda notis bertulis satu (1) bulan terlebih dahulu menyerahhak, memindahmilik dan menovasi mana-mana atau kesemua hak dan obligasi kami di bawah kontrak ini kepada mana-mana pihak.

Mana-mana orang yang bukan pihak kepada Perjanjian ini tiada hak untuk menguatkuasakan mana-mana terma-termanya.

Kami merizabkan hak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan pemberian notis dan anda dengan ini bersetuju kepada kesemua pindaaan tersebut.

Untuk pelaksanaan Perkhidmatan, sila hubungi hotline khidmat pelanggan di 1300221123 atau emel ke info@onehygienic.com untuk mengaturkan temujanji. Walau pun usaha munasabah akan dibuat untuk memenuhi permintaan untuk temujanji, pelaksanaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada had operasi.