Dr. Digital

Language: EN| BM

Terma-terma & Syarat-syarat Biasa yang Menguasai Kontrak Pelan Home Dr. Digital Health COURTS

Anda telah menunjukkan kontrak ("Kontrak") yang anda mengkehendaki untuk produk yang dibeli ("Produk") di atas inbois COURTS dan telah bersetuju diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan Kontrak yang dipilih seperti yang dinyatakan di sini. Terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan menguasai pelan perkhidmatan yang dijual oleh Penjual. Tempoh Kontrak adalah satu tahun dari tarikh pembelian seperti yang dinyatakan dalam Inbois COURTS.

1. Definisi

Untuk tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, definisi yang berikut akan terpakai:

1.1. "Pelan Health" merujuk kepada pelan jaminan perkhidmatan yang dipilih oleh Pelanggan (yang ditakrifkan di bawah).

1.2. "Peristiwa" merujuk kepada setiap kali di mana Penjual (seperti yang ditakrifkan di bawah) memberi kepada Pelanggan (ditakrifkan di bawah) sokongan Di-Tapak (ditakrifkan di bawah) yang diminta oleh Pelanggan.

1.3. "Di-Tapak" merujuk kepada mana-mana lokasi dalam Malaysia kecuali di mana dipersetujui sebaliknya secara bertulis oleh Penjual.

1.4. "Perisian" merujuk kepada satu atau lebih program, prosedur, peraturan yang boleh beroperasi pada Produk (ditakrifkan di bawah).

1.5. "Pelanggan" atau "Pembeli" merujuk kepada pihak yang telah membeli Produk untuk kegunaan peribadi dan dengan pihak di mana Pelan Health dibuat dengan, di mana alamatnya dinyatakan dalam Inbois COURTS.

1.6. "Penjual" atau "COURTS" merujuk kepada COURTS (MALAYSIA) SON BHD (154820-D) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, dan mempunyai alamat berdaftarnya di 23 Jalan Larkin, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

2. Kawasan Liputan yang Disokong

2.1. Penjual akan membekalkan tenaga manusia dan kepakaran, seperti pakar sokongan atau juruteknik perkhidmatan, untuk memberikan respons dan (jika berkenaan) membuat panggilan di premis Pelanggan untuk menentusahkan kerosakan dan mengendalikan kerosakan spesifik Produk dalam tempoh masa spesifik yang dinyatakan dalam Pelan Health. Kakitangan sokongan bertanggungjawab untuk mendiagnosis dan membuat penyelesaian masalah kepada perisian, perkakasan dan masalah rangkaian yang hanya berkenaan dengan Produk (setiapnya, "Masalah") kecuali produk-produk proprietari yang hanya boleh diservis oleh pengilang produk proprietari atau ejen servis yang diberikuasa.

2.2. Penjual hanya menjamin sokongan pembetulan untuk mengatasi Masalah yang dikenalpasti dan yang boleh reproduksi, dan menolong mengenalpasti Masalah yang susah reproduksi. Pelanggan akan menerima bantuan dalam penyelesaian masalah (troubleshooting) Masalah dan menetapkan had konfugurasi. Kos mengganti perkakasan, jika ada, akan ditanggung oleh Pelanggan. Jika kabel rosak, Pelanggan bertanggungjawab untuk kos yang ditanggung dalam membaiki kabel yang rosak. Penjual juga tidak akan bertanggungjawab untuk kelewatan dalam pelaksanakan atau tidak melaksanakan akibat keadaan yang tidak dijangka atau sebab-sebab di luar kawalan munasabahnya.

2.3. Di dalam Malaysia perkhidmatan sokongan untuk Produk yang ditetapkan oleh Penjual akan dilaksanakan di alamat Pelanggan (seperti yang dinyatakan dalam Inbois COURTS).

2.4. Pakar sokongan akan memberi konsultasi telefon kepada Pelanggan sehingga maksima 30 minit untuk penyelesaian masalah Masalah semasa Waktu Sokongan Telefon (seperti yang ditakrifkan dalam klausa 3.1). Sekiranya semua Peristiwa (seperti yang ditakrifkan dalam klausa 3.1) telah digunakan, konsultasi telefon percuma akan ditamatkan.

2.5. Sekiranya Produk tidak dapat diservis di alamat Pelanggan, Penjual akan mengambil balik Produk untuk diservis di pusat servis. Satu unit pinjaman, jika sedia ada, akan dibekalkan dalam budi bicara tunggal Penjual kepada Pelanggan untuk tempoh pembaikan. Pelanggan tidak berhak untuk menuntut unit pinjaman tersebut sebagai haknya.

2.6. Untuk mana-mana Produk yang Pelanggan telah memilih untuk kutip-sendiri dari pusat servis Produk tersebut akan disimpan untuk 3 bulan dari tarikh Pelanggan diberitahu bahawa Produk sedia untuk dikutip. Selepas itu, Produk boleh dilupuskan mengikut polisi Penjual. Penjual tidak bertanggungan atau bertanggungjawab kepada Pelanggan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pelanggan yang disebabkan oleh pelupusan Produk.

2.7. Produk mestilah dalam keadaan operasi biasa dan telah dikemaskinikan dengan perisian yang diperlukan yang telah diterbitkan dan yang dikemaskinikan untuk menjadi layak mendapat sokongan di bawah Kontrak ini. Kerja yang dilaksanakan oleh Penjual untuk memenuhi keperluan ini adalah tertakluk kepada kadar-kadar perkhidmatan biasa Penjual.

2.8. Pelanggan mesti membuat sandaran datanya sebelum kerja pembaikan, servis atau penggantian pemacu cakera keras. Penjual tidak bertanggungan atau bertanggungjawab dalam apa cara pun untuk kehilangan data, kerosakan, pemadaman dan/atau perubahan kepada data semasa servis. Pelanggan menerima sepenuhnya tanggungjawab untuk data dan Penjual tidak perlu menasihati atau mengingatkan Pelanggan mengenai prosedur sandaran yang sesuai.

2.9. Muatan semula perisian hanya akan dilaksanakan jika terdapat sebarang masalah dengan sistem yang Penjual memperakui bahawa tindakan sedemikian adalah perlu. Sebarang perisian tambahan yang dimuatkan akan dianggap sebagai menaik taraf dan oleh itu akan dikenakan bayaran mengikut kadar-kadar perkhidmatan biasa Penjual.

2.10. Kawasan yang diliputi adalah terhad kepada Malaysia sahaja.

2.11. Perlindungan sokongan akan tamat jika Pelan Health yang dibeli dari Penjual secara kredit adalah tertunggak.

Service Call Log-in Procedure

3. Liputan Perkhidmatan

3.1. Liputan Perkhidmatan Biasa

3.1.1. Untuk log-masuk panggilan perkhidmatan, Hotline Perkhidmatan Dr. Digital adalah 03-77269801 / 1300-88-9801

3.1.2. Penjual akan membekalkan perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah:-

Sokongan TelefonWaktu Sokongan Di-TapakWaktu Sokongan Dalam-Kedai KlinikMasa Respons
Pelan Health Home Plus
(Pelan 3 Peristiwa)
Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
Tidak berkenaan Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
Tidak berkenaan
Pelan Health Home Elite
(Pelan 3 Peristiwa)
Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
Dalam 8 jam
Pelan Health Home Premium
(Pelan 3 Peristiwa)
Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
24x7 Isnin hingga Ahad
10.00pagi ke 10.00malam
Dalam 8 jam

3.1.3. Sokongan untuk Peristiwa Produk yang berkenaan modem, router dan router tanpa wayar akan dikenakan bayaran pada kadar 2 Peristiwa bagi setiap Peristiwa yang dilayani.

3.1.4. Minima 1 Peristiwa akan dikenakan bayaran bagi setiap perkhidmatan yang diberikan Di-Tapak untuk setiap Produk.

3.2. Peruntukan Peristiwa Di-Tapak di bawah Pelan Health adalah sah untuk maksima satu (1) tahun dari tarikh permulaan yang dinyatakan dalam Inbois COURTS. Sokongan telefon akan tamat apabila Peristiwa Di-Tapak telah digunakan sepenuhnya. Sebarang Peristiwa(-peristiwa) Di-Tapak yang belum digunakan akan dibawa ke hadapan Pelan Health baru yang diperbaharui oleh Pelanggan tertakluk kepada syarat bahawa Peristiwa(-peristiwa) yang belum digunakan hanya boleh dibawa ke hadapan untuk satu terma yang diperbaharui.

4. Force Majeure

4.1. Tiada pihak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan dalam pelaksanaan obligasinya di bawah Kontrak jika kegagalan tersebut adalah akibat keadaan yang di luar kawalan munasabah pihak tersebut. Bagi tujuan Kontrak, keadaan tersebut akan termasuk, tetapi tidak terhad kepada mogok, sekat-masuk, atau pertikaian buruh, rusuhan, gangguan awam, tindakan atau tiadanya tindakan pihak berkuasa kerajaan, wabak, perang, embargo, bencana alam atau malapetaka lain. Dalam keadaan sedemikian, masa bagi mana-mana pihak di bawah Kontrak untuk melaksanakan apa yang perlu akan dilanjutkan bagi mana-mana tempoh di mana pelaksanaan tersebut dihalang oleh keadaan tersebut. Akan tetapi, pihak yang satu lagi berhak menamatkan Kontrak dengan notis secara bertulis sekiranya keadaan yang menghalang pelaksanaan berterusan untuk lebih dari empat belas (14) hari.

5. Harta Intelektual

5.1. Melainkan di mana ianya telah dipersetujui secara bertulis oleh kedua-dua Pelanggan dan Penjual, bahan-bahan hak cipta (perisian dan dokumen yang dicetak) tidak boleh disalin kecuali mengikut undang-undang.

5.2. Pelangggan akan menanggungrugi Penjual, pekerja-pekerjanya, sekutu-sekutunya dan wakil-wakilnya daripada dan terhadap sebarang liabiliti, tuntutan, permintaan, guaman, perintah, kerosakan, kerugian, kos dan perbelanjaan (termasuk fi guaman munasabah) akibat kehadiran atau penggunaan mana-mana bahan yang melanggar hak harta intelektual yang berkaitan dengan Produk oleh Pelanggan.

6. Sulit

6.1. Kedua-dua pihak bersetuju menyifatkan sebagai sulit semua maklumat yang diterima dari pihak yang satu lagi yang dinyatakan adalah sulit kecuali di mana maklumat tersebut (a) telah wujud dalam domain awam, (b) telah dihasilkan secara berasingan oleh kedua-dua pihak di luar skop pesanan, atau (c) telah didapati secara sah daripada pihak ketiga.

6.1. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menzahirkan maklumat sulit hanya kepada pekerjanya dan mana-mana pihak ketiga yang patut mengetahuinya untuk pelaksanaan perkhidmatan di bawah Kontrak. Kedua-dua pihak akan memastikan bahawa pekerja dan pihak ketiga yang berkenaan tersebut telah dimaklumkan dan bersetuju untuk menyimpan sulit maklumat tersebut.

6.1. Klausa ini akan terus wujud walau pun Kontrak ditamatkan.

7. Tidak Boleh Mendapatkan

7.1. Pelanggan tidak boleh secara langsung atau tidak langsung mendapatkan pekerjaan, menggaji atau sebaliknya mengekalkan mana-mana pakar sokongan Penjual semasa tempoh sah Kontrak, walau pun pakar sokongan tersebut telah meletak jawatan dari pekerjaannya semasa tempoh sah Kontrak, kecuali di mana ianya telah dipersetujui secara bertulis oleh Penjual.

8. Pengangkutan

8.1. Pelanggan kena membayar satu kadar tetap sebanyak Ringgit Malaysia Empat Puluh Sembilan (RM49-00) sahaja setiap perjalanan sebagai caj pengangkutan dalam keadaan di mana produk-produk perkakasan Pelanggan atau bahagian-bahagian gantian di dalamnya kena dibawa kepada dan/atau dikembalikan dari pusat servis Penjual yang diberi kuasa. Penjual merizabkan hak tunggal dan mutlaknya untuk meminda kadar yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa tanpa notis atau rujukan kepada Pelanggan. Akan tetapi, sekiranya Pelanggan mengatur untuk membawa-sendiri caj pengangkutan ini tidak akan terpakai.

9. Liabiliti

9.1. Walau dalam apa keadaan pun, Penjual tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan atau kerugian kepada harta atau apa-apa kerugian sampingan, kontingensi, langsung atau tidak langsung atau gantirugi berbangkit termasuk tetapi terhad kepada kerugian yang disebabkan sebarang kelewatan dalam membekalkan perkhidmatan di bawah Kontrak dan kehilangan penggunaan semasa tempoh di mana Produk diperbaiki dan/atau semasa menunggu produk perkakasan atau bahagian gantian.

9.2. Tiada Pelan Health di atas (yang dikuasai oleh terma-terma dan syarat-syarat Kontrak ini) ditafsirkan sebagai polisi insurans atau jaminan dan adalah hanya satu kontrak perkhidmatan. Setiap Pelan Health (yang dikuasai oleh terma-terma dan syarat-syarat Kontrak ini) bukannya satu jaminan atau janji berkenaan dengan sifat bahan, mutu kerja atau prestasi Produk anda yang dilindungi oleh Kontrak.

10. Tidak Boleh Pindahmilik

10.1. Pelan Health bertujuan untuk kegunaan Pelanggan sahaja dan tidak boleh dipindahmilik. Pelanggan mesti memaklumkan Penjual dengan segera mengenai sebarang pertukaran alamat (yang dinyatakan dalam Inbos Cukai COURTS) sekiranya Pelanggan berpindah ke alamat baru.

11. Tiada Hak kepada Pihak Ketiga

11.1. Tiada pihak selain suatu pihak dalam Kontrak ini boleh menguatkuasakan Kontrak ini.

12. Penyelesaian Pertikaian

12.1. Kontrak ini dan Borang Kebenaran untuk Privasi Data dikuasai oleh, dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

12.2. Pihak-pihak bersetuju secara tidak boleh dibatalkan bahawa mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa ekslusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang mungkin timbul dari atau yang berkaitan dengan Kontrak ini atau Borang Kebenaran untuk Privasi Data.