Extended Warranty (Furniture)

Language: EN| BM

Kontrak Perkhidmatan

Kontrak ini bukan satu Polisi Insurans atau Jaminan. Kontrak ini adalah satu lanjutan waranti pengedar seperti yang berkenaan. Ianya bukan satu jaminan atau janji berkenaan dengan sifat bahan, mutu kerja atau prestasi Produk anda.

Anda telah menandakan bahawa anda memerlukan Kontrak untuk perabot yang anda telah beli ("Produk") dari COURTS pada resit/inbois cukai jualan dan anda telah bersetuju diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang menguasai Kontrak ini.

Produk mestilah dibeli baru dari COURTS dan jika tidak dibeli serentak dengan Produk, Kontrak mesti dibeli oleh anda dalam 30 hari dari tarikh penghantaran serah Produk.

Tempoh Kontrak anda adalah 3 tahun dari tarikh pembelian atau tarikh penghantaran serah (yang mana lebih kemudian) (iaitu 2 tahun lanjutan bersama dengan satu (1) tahun tempoh waranti pengilang/pengedar atau tempoh asal waranti bertulis Court).

Definisi:

Dalam Kontrak ini, perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud yang berikut:

  1. "kami," "kita", "kami punya" atau "COURTS" merujuk kepada COURTS (Malaysia) Sdn Bhd (154820-D);
  2. "anda" dan "anda punya" merujuk kepada Pelanggan atau Pembeli dan jika berkenaan, Pembeli Bersama Produk yang dilindungi oleh Kontrak.

Maklumat Penting:

Pembaikan/penggantian yang dilindungi oleh Kontrak ini untuk Produk anda adalah dinyatakan di bawah:

Perlindungan Asas:

Kontrak ini meliputi Kerosakan Struktur. "Kerosakan Struktur" merujuk kepada:

  1. kerosakan pada rangka disebabkan meleding dan patah;
  2. komponen logam yang bengkok dan pecah;
  3. jahitan yang terpisah, iaitu pecah benang yang memegang rapat jahitan, dengan lubang benang masih utuh tanpa sebarang koyakan bahan;
  4. kerosakan kepada mekanisma mekanikal atau elektrikal;
  5. zip, lereng dan butang yang pecah;
  6. siapan akhir kulit tulen luaran yang terangkat atau mengelupas – pemisahan kulit daripada lapisan fabrik.

Adalah budibicara COURTS sama ada untuk membaiki atau menggantikan Produk anda dengan jenis atau kualiti yang sama seperti yang COURTS menganggap adalah sesuai dalam keadaan tersebut. Bahagian-bahagian gantian adalah bahagian-bahagian pengilang yang asli atau bukan asli yang prestasinya mengikut spesifikasi kilang. Jika Produk diganti, baki tempoh bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat Kontrak anda akan berterusan untuk Produk gantian tersebut.

Kewajipan Berjaga-Jaga

COURTS tiada obligasi atau liabiliti apa jua pun di bawah Kontrak jika arahan yang disyorkan oleh pengilang mengenai penjagaan dan pembersihan Produk, struktur dan upholstrinya tidak dipatuhi oleh anda. Produk harus dibersihkan, divakum dan kerap diputarkan dan dijauhkan dari pendedahan matahari langsung.

Had Liabiliti:

COURTS tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian langsung atau tidak langsung atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan atau kerugian kepada harta, sama ada ianya sampingan, kontingen, khas, atau berbangkit termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian yang disebabkan sebarang kelewatan dalam pembekalan mana-mana perkhidmatan atau kehilangan penggunaan Produk semasa Produk anda berada dengan pembaiki yang diberi kuasa dan/atau semasa menunggu bahagian-bahagian gantiannya.

Liabiliti COURTS untuk mana-mana satu (1) lawatan pembaikan tidak akan melebihi nilai pasaran Produk pada masa pembaikan tersebut.

COURTS akan menggantikan Produk anda dengan yang sama jenis dan kualitinya jika Produk tidak dapat diperbaiki atau di luar pembaikan ekonomi. Produk yang telah digantikan (unit yang rosak) akan menjadi harta COURTS. COURTS merizabkan hak untuk memulangkan balik kepada anda nilai pasaran atau harga belian asal Produk yang rosak tersebut, yang mana lebih murah, jika COURTS tidak dapat membekalkan satu produk gantian yang sepadan dengan kualiti dan spesifikasi Produk yang rosak tersebut. Jika Produk digantikan, Produk gantian tersebut akan terus dilindungi di bawah Kontrak atas terma-terma dan syarat-syarat yang sama sehingga tarikh tamatnya Kontrak.

Jumlah kos yang dibayar atau yang kena dibayar di bawah Kontrak ini untuk mana-mana satu (1) lawatan pembaikan atau penggantian tidak akan melebihi harga belian asal (atau satu perkadarannya seperti yang ditentukan oleh COURTS dalam budi bicara tunggalnya adalah berkaitan dengan unit rosak) yang dibayar oleh anda untuk Produk yang dilindungi oleh Kontrak ini.

COURTS tidak akan bertanggungjawab di bawah Kontrak jika anda tidak menyerahkan Produk kepada pembaiki yang diberi kuasa untuk kerja pembaikan sebelum (a) tamat tempoh Kontrak atau (b) jika satu laporan kerosakannya telah diserahkan sebelum tamat tempoh Kontrak, dalam 30 hari dari kerosakannya.

Pengecualian:

  • Produk-produk yang masih dilindungi oleh waranti asal bertulis pengilang/pengedar, atau waranti pengedar COURTS, waranti pembaiki, atau sebarang waranti lain yang masih berkuat kuasa.
  • Sebarang defek yang menjadi subjek penarikan balik oleh pengilang/pengedar.
  • Haus dan lusuh biasa Produk (kecuali dilindungi sebaliknya oleh perlindungan waranti yang berkenaan).
  • Kegagalan untuk mematuhi arahan yang disyorkan oleh pengilang mengenai penyelenggaran rutin, pemeriksaan, pembersihan, pengeluaran bau, pelinciran, pelarasan luarannya dsb.
  • Pengubahsuaian tanpa kebenaran atau opsyen tambahan yang dibuat ke atas Produk.
  • Bahan-bahan yang tidak beroperasi dan kosmetik, cat, warna, atau siapan akhir Produk; aksesori yang digunakan di dalam atau bersama Produk; kabel dan tali luaran, gelas dan lensa; opsyen tambahan yang dimuatkan.
  • Kegagalan untuk mematuhi arahan pengilang mengenai pemasangan, operasi atau penyelenggaraan.
  • Pembaikan yang dilakukan oleh pembaiki yang tidak diberi kuasa.
  • Kerosakan luaran seperti pendawaian atau sambungan elektrik dan sebarang kerugian berbangkit apa jua pun.
  • Penutup lengan dan kusyen hamparan.
  • Butang yang hilang.
  • Pembaikan yang perlu disebabkan kerosakan fizikal yang tidak sengaja atau yang sengaja (seperti sumbing, kemik, calar)
  • Gelas yang retak disebabkan peninggalan, kecuaian atau keingkaran.
  • Pembaikan kepada uphosteri yang disebabkan oleh kebakaran dan/atau kebocoran jika koyakan dan/atau rabakan disebabkan oleh kebakaran dan/atau kebocoran yang dilihat/berada di upholstri yang sama.
  • Rompakan, kecurian, kakisan, serangga dan/serangan organik (dari sumber dalaman atau luaran), kerosakan haiwan peliharaan, salah guna, kecuaian dan penyalahgunaan.
  • Kerosakan akibat kesan kotoran apa jenis jua pun, pengotoran am dari penggunaan biasa, kegagalan fabrik termasuk menjadi berbulu, pudar, atau kegunaan bahan yang warnanya tidak melekat.
  • Kos diagnosis di mana tiada defek didapati atau dicatatkan.
  • Defek-defek dan caj perkhidmatan di-tapak tidak dilindungi oleh waranti bertulis asal pengilang/pengedar.
  • Caj penghantaran, caj perkhidmatan ekspres, kerosakan semasa pengangkutan, kos peralihan, pemasangan atau pemasangan semula Produk.
  • Kegunaan komersil (pelbagai pengguna dalam satu organisasi), sewaan umum, kegunaan untuk keuntungan atau kegunaan komunal dalam perumahan pelbagai keluarga.
  • Perabot dalam stor atau dalam transit.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat api, kerosakan asap, banjir atau dedahan matahari (walau bagaimana jua pun terjadi).
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat dari bencana alam (termasuk tetapi tidak terhad kepada kejadian seperti gempa bumi), perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seakan perang, perang saudara, kekecohan awam.
  • Perabot diperbuat sendiri (diy) atau perabot yang dipasangkan oleh anda.
  • Kerosakan disebabkan haba lebihan.

Untuk Perkhidmatan di Malaysia - Sila Hubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS di 1800 18 1108 atau 1800 88 1832

Apabila Produk mengalami kegagalan, anda mesti menghubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS di 1800 18 1108 atau 1800 88 1832 (semasa waktu bekerja) untuk melaporkan kegagalan tersebut semasa waktu bekerja. Wakil Perkhidmatan Pelanggan COURTS sedia untuk membantu anda melalui proses perkhidmatan. Untuk mempercepatkan perkhidmatan, sila pastikan bahawa anda mempunyai butir-butir Kontrak dan ianya sedia ada sebelum menghubungi kami. Sekiranya kegagalan tidak dilaporkan kepada COURTS sebelum pembaikan dijalankan, pembaikan tidak akan diluluskan. Anda dikehendaki menggunakan waranti asal pengilang/pengedar jika ianya masih sah walau pun Kontrak sedang berkuat kuasa.

Kerja pembaikan hanya boleh dijalankan oleh pembaiki yang dilantik oleh kami pada setiap kali kejadiannya dan adalah tertakluk kepada kebenaran kami yang terlebih dahulu. Semasa tempoh Kontrak, barang mudah alih mesti dibawa kepada pembaiki yang dilantik oleh kami. Semua barang lain adalah tertakluk kepada perkhidmatan pemanggilan-luar. Untuk semua pembaikan, resit/inbois jualan Kontrak untuk Produk mesti dikemukakan.

Penamatan Kontrak

Kontrak akan tamat jika mana-mana yang berikut berlaku:-

  1. pada tamat tempoh Kontrak;
  2. jika Produk diserahkan kepada COURTS; atau
  3. notis bertulis anda kepada kami yang memaklumkan kami mengenai pembatalan Kontrak bersama dengan penyerahan balik kepada kami resit/inbois jualan asal dalam 30 hari dari tarikh pembelian Kontrak.

COURTS merizabkan hak untuk menamatkan Kontrak jika mana-mana bayaran ansuran di bawah Perjanjian Jualan Kredit untuk Produk tidak dibayar untuk satu tempoh 3 bulan dan semua fi yang dibayar kepada COURTS yang berkaitan dengan Kontrak ini tidak akan dikembalikan dan akan dilucuthak secara mutlak.

Penyerahhakkan Kontrak

Sekiranya anda menjual atau memindahmilik Produk anda kepada pengguna lain dalam tempoh Kontrak, anda mesti menghubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS dalam 14 hari dan memindahmilik Kontrak secara bertulis. Adalah juga mustahak bahawa anda melaporkan alamat baru anda sekiranya anda berpindah dan mengambil Produk bersama-sama anda. Anda hanya boleh memindah Kontrak ini jika anda telah membeli Produk secara tunai atau jika anda telah menyelesaikan dan menyempurnakan semua obligasi dan liabiliti di bawah Perjanjian Jualan Kredit yang berkaitan dengan Produk.

Perlindungan Data Peribadi

Kontrak ini dikeluarkan berikutan langganan anda kepada Perkhidmatan Waranti Lanjutan DAN ianya adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Sila ambil seketika untuk memastikan bahawa semua butiran, khususnya maklumat peribadi anda yang dicetak dalam Kontrak ini adalah betul. Kegagalan untuk kembali dalam 14 hari dari tarikh Kontrak ini bermakna bahawa semua maklumat peribadi anda yang terkandung di sini adalah lengkap, benar dan tepat. Sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan dan disimpan oleh kami adalah untuk tujuan melaksanakan obligasi kami di bawah Kontrak ini dan juga untuk mengemaskinikan anda mengenai sebarang perkhidmatan kami yang berkaitan. Sila dimaklumkan bahawa demi melaksanakan obligasi kami di bawah Kontrak ini, kami akan menzahirkan maklumat peribadi anda kepada AIG Malaysia Insurance Berhad ("AIG Malaysia"), dan seterusnya mungkin dizahirkan oleh AIG Malaysia kepada individu-individu, pembekal-pembekal perkhidmatan & organisasi-organisasi yang berkaitan dengan AIG Malaysia atau mana-mana pihak ke-3 lain yang terpilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk insurans semula & syarikat-syarikat penyiasatan tuntutan & persatuan-persatuan industri) untuk tujuan menyimpan dan memproses permohonan ini dan membekalkan perkhidmatan(-perkhidmatan) seterusnya untuk tujuan ini, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan AIG Malaysia dan padanan data, kaji selidik dan untuk berkomunikasi dengan anda untuk tujuan tersebut dan untuk membolehkan sokongan proses hujung-akhir dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Kontrak ini. Anda memahami bahawa anda berhak untuk mendapatkan akses kepada dan untuk meminta pembetulan mana-mana maklumat peribadi yang dipegang oleh COURTS dan/atau AIG Malaysia yang berkenaan dengan diri anda. Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghubungi COURTS seperti yang dinyatakan di atas. Dengan penyerahan maklumat peribadi anda, anda menandakan bahawa anda membenarkan kami dan/atau AIG Malaysia atau mana-mana pihak ketiga yang terpilih untuk terus memaklumkan anda mengenai apa-apa produk, perkhidmatan dan acara yang akan datang yang lain. Jika anda tidak ingin dihubungi oleh kami, anda boleh memilih untuk dikeluarkan pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami atau AIG Malaysia, sepertimana yang terpakai.

Walaupun Kontrak ini mungkin dikeluarkan semula dalam beberapa bahasa, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi.

Pelanggan dan jika berkenaan, Pembeli Bersama dengan ini mengesahkan dan menyatakan bahawa mereka telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju diikat olehnya.

NOTA: Tandatangan Pembeli/Pembeli Bersama tidak perlu jika anda menandatangani suatu Perjanjian Perkhidmatan dengan COURTS.