Flexismart STC

Language: EN | BM

Manfaat & Terma-Terma dan Syarat-Syarat Biasa Pakej PLATINUM

1. Manfaat Segera

Nota: Tidak boleh digunakan jika terdapat apa-apa tunggakan atau jumlah yang belum dijelaskan di bawah PJK Berkenaan atau Perjanjian Perkhidmatan. Tidak boleh dipindahmilik.

1.1. Fi Pemprosesan RM1 sahaja untuk perjanjian jualan kredit yang akan dibuat di antara Pembeli dan COURTS untuk barang yang Pembeli ingin membeli secara kredit ("PJK Berkenaan").
Nota: Sah untuk sebarang nilai barang yang dibeli. Fi Pemprosesan RM1 tidak berkenaan dengan promosi Beli Sekarang, Bayar Kemudian.

1.2. Caj Penghantarserahan RM1 sahaja untuk barang yang dibeli di PJK Berkenaan.
Nota: Sah untuk sebarang nilai barang yang dibeli. Terbatal jika tidak digunakan atau jika tidak berkenaan. Tidak boleh dipindahmilik.

 1.3  Caj Pemasangan RM1 sahaja untuk semua Penghawa Dingin 1 HP / 1.5HP / 2.0HP / 2.5HP yang dibeli dalam PJK Berkenaan.

Nota: Sah untuk tempoh bayaran 60 bulan dengan Jaminan Lanjutan (EW) sahaja. Terbatal jika tidak digunakan atau jika tidak berkenaan. Tidak boleh dipindahmilik.

2. Manfaat Pelepasan Ansuran

Nota: Tertakluk kepada Terma-terma & Syarat-syarat Biasa Yang Menguasai Manfaat Pelepasan Ansuran yang dinyatakan di bawah.

Kerosakan Barang (Kejadian Kerosakan)

  • Pelepasan maksima RM30,000 untuk mana-mana satu barang
  • Pelepasan maksima RM80,000 setiap PJK Berkenaan

Kehilangan Nyawa (Kejadian Kematian)

  • Pelepasan maksima RM30,000 untuk mana-mana satu barang
  • Pelepasan maksima RM60,000 walaupun terdapat lebih dari satu PJK Berkenaan

Kemasukan Hospital (Kejadian Kemasukan Hospital)

  • Pelepasan maksima 3 ansuran dengan Maksima RM1,000 setiap ansuran

Pemberhentian Pekerjaan (Kejadian Pengangguran Luar Kawalan)

  • Pelepasan maksima 12 ansuran dengan Maksima RM1,000 setiap ansuran

Terma-Terma & Syarat-Syarat Biasa yang Menguasai Manfaat Pelepasan Ansuran ("IWB")

1. Definisi

1.1. Perkataan-perkataan, penyataan-penyataan serta frasa-frasa yang digunakan di sini mempunyai maksud-maksud yang sama seperti perkataan-perkataan, penyataan-penyataan serta frasa-frasa yang digunakan dalam Perjanjian Perkhidmatan ("PP") yang dibuat antara COURTS (Malaysia) Sdn Bhd (154820-D) ("COURTS") dan Pembeli (di mana berkenaan, dan Pembeli Bersama) yang dinamakan di Jadual, Bahagian A.

1.2. Rujukan kepada penyataan "PJK Berkenaan" bermaksud Perjanjian Jualan Kredit yang dibuat antara COURTS dan Pembeli yang sama (di mana berkenaan, dan Pembeli Bersama yang sama) yang dinamakan di dalam PP, yang dikenal pasti dengan Nombor Akaun PJK yang dinyatakan di Jadual, Bahagian A dalam PP.

1.3. Rujukan kepada "Jadual IWB" bermaksud dan merujuk kepada Jadual yang dibentangkan di Jadual, Bahagian E dalam PP.

1.4. Perkataan-perkataan, penyataan-penyataan serta frasa-frasa yang berikut di mana sahaja ianya digunakan di sini mempunyai maksud-maksud yang berikut:

1.4.1. Rujukan kepada "Pembeli" bermaksud Pembeli dan di mana berkenaan, Pembeli Bersama yang dinyatakan dalam PJK Berkenaan.

1.4.2. Perkataan-perkataan "Kejadian Kerosakan" bermaksud kehilangan atau kerosakan secara keseluruhan mana-mana Barang (seperti yang diperihalkan dalam PJK Berkenaan) disebabkan mana-mana yang berikut, semasa berada dalam sebuah Bangunan:-

  1. Kebakaran tetapi tidak termasuk kehilangan atau kerosakan:

    1. melalui penapaian tersendiri, haba semula jadi atau pembakaran spontan atau melalui perjalanan sebarang proses pemanasan atau pengeringan;
    2. melalui kebakaran di bawah tanah;
    3. melalui pembakaran harta melalui perintah mana-mana Pihak Berkuasa;
  2. Kilat;
  3. Banjir yang bermaksud limpahan atau lencongan daripada aluran biasa mereka sama ada laluan air yang semulajadi ataupun buatan, pecahan atau limpahan paip air utama awam dan apa-apa pengaliran atau pengumpulan air yang lain yang berpunca dari luar Bangunan yang mengandungi Barang tetapi tidak termasuk kehilangan atau kerosakan melalui penenggelaman atau gelinciran tanah;
  4. Impak dari mana-mana kenderaan jalanraya yang bukan kepunyaan Pembeli ataupun yang di bawah kawalan Pembeli atau mana-mana ahli keluarga atau pekerja Pembeli;
  5. Pecahan atau limpahan tangki-tangki air, peralatan atau paip-paip dari dalam Bangunan;
  6. Kecurian akibat daripada kemasukan ke dalam atau keluar dari Bangunan yang menggunakan kekerasan dan keganasan.
  7. Hanya untuk Flexi Smart Platinum sahaja

    Rusuhan-rusuhan dan pemogok-pemogok, pekerja-pekerja yang disekat masuk (locked-out workers) atau orang-orang yang mengambil bahagian di dalam gangguan buruh atau orang-orang dengan niat jahat yang tidak bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi politik tidak termasuk:

    1. kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh perampasan secara kekal ataupun sementara akibat daripada rampasan, penyitaan ataupun pengambilan oleh mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan secara sah di sisi undang-undang;
    2. kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh perampasan mana-mana Bangunan akibat daripada penghunian yang menyalahi undang-undang oleh sesiapa pun di Bangunan tersebut.

Penyataan "Bangunan" merujuk kepada bangunan di dalam Lokasi, di mana Barang berada dalam. Pernyataan "kehilangan atau kerosakan secara keseluruhan" atau "rosak sama sekali" bermaksud bahawa Barang yang berkenaan telah rosak di luar pembaikan ekonomi.

Demi mengelakkan keraguan, penyataan "Barang" tidak termasuk apa-apa bulion atau batu permata yang belum diikat, apa-apa kurio atau kerja-kerja seni, manuskrip-manuskrip, pelan-pelan, lukisan-lukisan atau reka-reka bentuk, corak-corak, model-model atau acuan-acuan, sekuriti-sekuriti, obligasi-obligasi atau dokumen-dokumen apa jua jenis, setem-setem, duit-duit syiling atau wang-wang kertas, cek-cek, buku-buku akaun atau buku-buku perniagaan lain dan rekod-rekod sistem komputer.

Pernyataan "Kejadian Kerosakan" adalah secara nyatanya tidak termasuk (1) apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh atau melalui atau akibat kebakaran sama ada secara tidak sengaja ataupun sebaliknya hutan belukar, prairie, pampas atau rimba dan pemugaran tanah melalui kebakaran, (2) kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa Bangunan yang mengandungi Barang dibiarkan tanpa penghuni sebenarnya di dalamnya untuk satu tempoh berterusan yang melebihi tujuh hari dan malam berturut-turut dan (3) apa jua jenis kehilangan berbangkit (consequential loss).

1.4.3. Perkataan-perkataan "Kejadian Kematian" bermaksud kecederaan tubuh badan yang tidak disengajakan yang dialami oleh Pembeli dan kecederaan tersebut dalam 12 bulan dari tarikh kemalangan tersebut yang secara tunggal dan tidak berkaitan dengan apa-apa sebab lain yang mengakibatkan kematian atau kehilangan upaya keseluruhan yang kekal (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 1.5 di bawah) Pembeli.

1.4.4. Perkataan "Kejadian" bermaksud Kejadian Kerosakan, Kejadian Kematian, Kejadian Kemasukan Hospital atau Kejadian Pengangguran Luar Kawalan, seperti mana yang terpakai.

1.4.5. Perkataan-perkataan "Kejadian Kemasukan Hospital" bermaksud suatu kejadian di mana Pembeli telah mengalami Kecederaan badan yang tidak disengajakan dan mestilah Masuk-Hospital (hospitalised) ke dalam sebuah Hospital di atas saranan seorang Pakar Perubatan selain daripada dirinya sendiri.

  1. "Hospital" bermaksud mana-mana institusi yang berlesen sah di sisi undang-undang sebagai sebuah hospital perubatan atau pembedahan di dalam negara di mana ianya terletak dan di mana aktiviti-aktiviti utamanya bukan merupakan spa, hidroklinik, sanatorium, rumah penjagaan atau rumah orang tua, dan ianya mestilah sentiasa di bawah penyeliaan Pakar Perubatan.
  2. "Masuk-Hospital" bermaksud Pembeli yang dimasukkan dan didaftarkan sebagai pesakit dalam dan terpaksa berada dalam lingkungan batas Hospital untuk satu tempoh yang tidak kurang daripada 6 jam dan di mana Hospital tersebut mengenakan caj bilik dan penginapan.
  3. "Pakar Perubatan" merujuk kepada pengamal perubatan yang berlesen sah di sisi undang-undang yang diiktiraf oleh Undang-Undang negara di mana rawatan diberikan, berkelulusan ijazah dalam perubatan Barat dan yang, dalam memberi rawatan sedemikian, sedang beramal di dalam skop lesen dan latihan beliau tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang sendirinya merupakan Pembeli atau saudara Pembeli.
  4. "Kecederaan" bermaksud kecederaan tubuh badan yang disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak disengajakan dan dalam 12 bulan dari tarikh kemalangan dan yang tidak berkaitan dengan apa-apa sebab lain yang mengakibatkan kematian atau kehilangan upaya Pembeli.

Kemasukan hospital yang disebabkan oleh atau dipercepatkan oleh, secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, salah satu daripada sebab-sebab yang berikut adalah tidak layak sebagai "Kejadian Kemasukan Hospital" dan adalah dikecualikan secara nyata:-

  1. kecederaan pada diri sendiri secara sengaja, kemabukan di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain daripada ubatan yang diambil dengan rawatan yang dipreskripsikan dan diarahkan oleh seorang pengamal perubatan layak yang berdaftar tetapi bukan untuk rawatan penagihan dadah, bunuh diri, penyakit kelamin atau apa-apa defek atau kelemahan dari segi fizikal, bersalin atau kehamilan;
  2. sakit atau penyakit termasuk apa-apa keadaan atau komplikasi yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, virus human immune-deficiency (AIDS);
  3. penglibatan di dalam atau mengambil bahagian di dalam payung terjun, peluncuran udara (hang gliding), mendaki gunung, perlumbaan apa jua jenis pun selain daripada perjalanan kaki (on foot);
  4. perjalanan udara kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang di dalam pesawat udara yang berlesen sepenuhnya untuk membawa penumpang, mana-mana anak kapal, perdagangan, aktiviti sukan yang berkaitan dengan pesawat udara;
  5. penglibatan Pembeli di dalam sukan profesional;
  6. apa-apa perbuatan salah atau yang tidak sah di sisi undang-undang oleh Pembeli;
  7. penglibatan Pembeli di dalam mana-mana latihan ketenteraan dan/atau aktiviti-aktiviti seakan peperangan.

1.4.6. Perkataan-perkataan "Maklumat untuk Tuntutan" yang dirujuk di dalam Klausa 3.1 di bawah adalah tanpa menghadkan sifat umum yang disebut di atas termasuk yang berikut:-

  1. deklarasi kepada penanggung insurans COURTS mengenai butir-butir semua insurans lain, jika ada;
  2. di dalam Kejadian Pengangguran Luar Kawalan, (i) sesalinan notis bertulis mengenai penamatan pekerjaan yang diterima oleh Pembeli daripada majikan Pembeli; (ii) satu surat akuan yang diikrarkan oleh Pembeli yang menyatakan bahawa Pembeli yang menganggur sedang secara aktifnya mencari pekerjaan dan tempoh pengangguran di luar kawalan tersebut; (iii) pemberian kuasa secara bertulis daripada Pembeli yang memberi kuasa kepada COURTS atau wakilnya, di dalam suatu bentuk yang memuaskan COURTS untuk membuat pertanyaan-pertanyaan dan untuk memperolehi maklumat-maklumat serta dokumen-dokumen sedemikian, yang dianggap sesuai oleh COURTS atau wakilnya, daripada bekas majikan Pembeli, doktor-doktor, pemberi-pemberi penjagaan kesihatan, kemudahan-kemudahan penjagaan kesihatan, daripada mana-mana bahagian ataupun agensi kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas pembayaran manfaat-manfaat di bawah Akta Pampasan Pekerja dan Pindaan-Pindaannya yang terkini, dan daripada sesiapa yang lain yang dianggap sesuai oleh COURTS atau wakil-wakilnya;
  3. repot-repot polis yang memperincikan Kejadian yang relevan;
  4. sijil-sijil kematian;
  5. repot-repot perubatan, bil-bil hospital dan resit-resit dll.;
  6. dalam Kejadian Kerosakan yang melibatkan kecurian, gambar-gambar foto kemasukan ke dalam atau keluar dari Bangunan yang menggunakan kekerasan dan keganasan.

1.4.7. Perkataan "Ansuran" yang digunakan dalam Lampiran ini bermaksud dan merujuk kepada ansuran bulanan yang kena dibayar di bawah PJK Berkenaan dan PP pada dasar agregat. Jika satu ansuran bulanan di bawah PJK Berkenaan adalah RM100.00 dan di bawah PP adalah RM30.00, ansuran bulanan yang layak untuk pelepasan adalah RM130.00.

1.4.8. Perkataan-perkataan "Kejadian Pengangguran Luar Kawalan" bermaksud kehilangan pekerjaan yang di luar kawalan Pembeli semasa tempoh PJK Berkenaan yang disebabkan oleh lebihan pekerja ataupun penghematan pekerja (retrenchment). Ianya bukan merupakan suatu "Kejadian Pengangguran Luar Kawalan" sekiranya kehilangan pekerjaan berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat mana-mana yang berikut:-

  1. persaraan atau persaraan awal;
  2. perletakan jawatan secara sukarela;
  3. penipuan, fraud, perbuatan jenayah, konflik kepentingan, salah laku secara sengaja (willful misconduct) atau keengganan melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan Pembeli;
  4. pembuangan kerana disiplin;
  5. sekat masuk (lock-out) atau mogok;
  6. bekerja sendiri (self-employment);
  7. penamatan tempoh kontrak pekerjaan untuk suatu tempoh tetap;
  8. sebarang sakit, penyakit atau keadaan fizikal di mana nasihat perubatan, rundingan, diagnosis atau rawatan diperlukan atau dinasihatkan dalam 12 bulan sebelum permulaan PJK Berkenaan dan yang menjelma dengan sendirinya semasa tempoh 12 bulan dari permulaan PJK Berkenaan;
  9. sebarang kehilangan upaya akibat kecederaan atau penyakit;
  10. patah jiwa (nervous breakdown), tekanan jiwa (stress) atau kehabisan tenaga;
  11. kakitangan percubaan yang tidak disahkan.

1.5. Kehilangan upaya keseluruhan yang kekal yang dirujuk di dalam Klausa 1.4.3 bermaksud kehilangan upaya yang secara keseluruhannya menghalang Pembeli daripada melakukan apa-apa dan setiap jenis pekerjaan atau profesyen dan yang berlanjutan untuk tempoh berterusan selama 12 bulan dan adalah di luar harapan munasabah untuk ianya bertambah baik. Pernyataan "kematian" atau "kehilangan upaya keseluruhan yang kekal" adalah secara nyatanya mengecualikan sebarang kematian atau kehilangan upaya keseluruhan yang kekal yang disebabkan oleh atau dipercepatkan oleh, secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, salah satu daripada sebab-sebab yang berikut:-

1.5.1. kecederaan pada diri sendiri secara sengaja, kemabukan di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain daripada ubatan yang diambil dengan rawatan yang dipreskripsikan dan diarahkan oleh seorang pengamal perubatan layak yang berdaftar tetapi bukan untuk rawatan penagihan dadah, bunuh diri, penyakit kelamin atau apa-apa defek atau kelemahan dari segi fizikal, bersalin atau kehamilan;

1.5.2. sakit atau penyakit termasuk apa-apa keadaan atau komplikasi yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, virus human immune-deficiency (AIDS);

1.5.3. penglibatan di dalam atau mengambil bahagian di dalam payung terjun, peluncuran udara (hang gliding), mendaki gunung, perlumbaan apa jua jenis pun selain daripada perjalanan kaki (on foot);

1.5.4. perjalanan udara kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang di dalam pesawat udara yang berlesen sepenuhnya untuk membawa penumpang, mana-mana anak kapal, perdagangan, aktiviti sukan yang berkaitan dengan pesawat udara;

1.5.5. penglibatan Pembeli di dalam sukan profesional;

1.5.6. apa-apa perbuatan salah atau yang tidak sah di sisi undang-undang oleh Pembeli;

1.5.7. penglibatan Pembeli di dalam mana-mana latihan ketenteraan dan/atau aktiviti-aktiviti seakan peperangan.

2. Pelepasan di bawah IWB

Dengan syarat bahawa Pembeli (atau wakil dirinya) dapat membuktikan sehingga COURTS berpuas hati bahawa ianya layak, maka tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Lampiran ini dan kepada had-had berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual IWB berhubungan dengan jenis Flexi Smart yang dibeli oleh Pembeli seperti yang dinyatakan di Jadual, Bahagian B dalam PP, Pembeli berhak kepada pelepasan-pelepasan yang berikut daripada COURTS:-

2.1. dalam Kejadian Kerosakan, COURTS akan tertakluk kepada had-had maksima yang dinyatakan di Ruang Ke-3 (Butiran 2.1) dalam Jadual IWB, melepaskan sebahagian Ansuran tersebut yang kena dibayar oleh Pembeli, yang belum dibayar di bawah PJK Berkenaan, berhubungan dengan Barang yang rosak sama sekali atau yang dicuri dan satu peratusan yang sama Ansuran yang kena dibayar oleh Pembeli kepada COURTS di bawah PP.

Had maksima pelepasan untuk mana-mana satu Barang adalah jumlah yang dinyatakan dalam Ruang Ke-3 (Butiran 2.1(a)) dalam Jadual IWB dan/atau had agregat maksima pelepasan adalah jumlah yang dinyatakan di Ruang Ke-3 (Butiran 2.1(b)) dalam Jadual IWB.

2.2. dalam Kejadian Kematian, COURTS akan tertakluk kepada had-had maksima yang dinyatakan di Ruang Ke-3 (Butiran 2.2) dalam Jadual IWB, melepaskan semua atau sebahagian Ansuran tersebut yang belum dibayar oleh gemulah Pembeli di bawah PJK Berkenaan dan PP. Had maksima pelepasan untuk mana-mana satu Barang adalah jumlah yang dinyatakan dalam Ruang Ke-4 (Butiran 2.2(a)) dalam Jadual IWB. Sekiranya terdapat berbilang PJK Berkenaan dan/atau Perjanjian Perkhidmatan lain berhubungan dengan Pembeli, had agregat maksima pelepasan untuk semua PJK Berkenaan dan Perjanjian Perkhidmatan, adalah jumlah yang dinyatakan di Ruang Ke-4 (Butiran 2.2(b)) dalam Jadual IWB.

2.3. dalam Kejadian Kemasukan Hospital, COURTS akan melepaskan satu (1) ansuran bayaran di bawah PJK Berkenaan dan Perjanjian Perkhidmatan untuk setiap hari kemasukan hospital sehingga maksima tiga (3) hari kemasukan hospital dan tertakluk kepada maksima RM1,000 setiap satu Ansuran. Pelepasan maksima untuk seluruh tempoh PJK Berkenaan dan PP tidak akan melebihi bilangan maksima Ansuran bulanan dan amaun maksima setiap Ansuran seperti yang dinyatakan di Ruang Ke-5 (Butiran 2.3) dalam Jadual IWB.

2.4. dalam Kejadian Pengangguran Luar Kawalan, kecuali di mana Kejadian ini TIDAK berkenaan seperti yang dinyatakan di Ruang Ke-6 dalam Jadual IWB, COURTS akan melepaskan satu (1) bayaran Ansuran di bawah PJK Berkenaan dan PP jika Pembeli masih menganggur secara luar kawalan untuk sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dalam satu bulan kalendar tertentu. Pelepasan maksima untuk seluruh tempoh PJK Berkenaan dan PP tidak akan melebihi bilangan maksima Ansuran bulanan dan amaun maksima setiap Ansuran seperti yang dinyatakan di Ruang Ke-6 (Butiran 2.4) dalam Jadual IWB.

Pelepasan di bawah klausa 2.4 ini tidak akan terpakai kecuali di mana Pembeli yang pengangguran luar kawalannya adalah asas tuntutan untuk pelepasan secara aktifnya mencari pekerjaan semasa tempoh pengangguran luar kawalan tersebut. Seseorang Pembeli tidak lagi layak untuk pelepasan tersebut di atas pada tarikh harijadinya yang ke-60, tetapi pelepasan tersebut di atas (tertakluk kepada klausa 2.5 di bawah) boleh berterusan untuk Pembeli Bersama yang lain sehingga setiap Pembeli Bersama tersebut mencapai harijadinya yang ke-60.

2.5. Sekiranya terdapat Pembeli-Pembeli Bersama di bawah PJK Berkenaan dan PP, amaun pelepasan dan/atau manfaat di bawah IWB ini untuk Pembeli dan setiap Pembeli Bersama akan dibahagikan dengan agregat bilangan Pembeli dan Pembeli(-pembeli) Bersama di bawah PJK Berkenaan dan PP.

2.6. Sekiranya kerosakan sama sekali atau kecurian hanya berkaitan dengan beberapa dan bukan kesemua Barang yang disenaraikan di dalam PJK Berkenaan, amaun yang dilepaskan adalah sebahagian Ansuran yang sebaliknya perlu dibayar oleh Pembeli kepada COURTS di bawah PJK Berkenaan yang berhubungan dengan Barang yang rosak sama sekali atau yang dicuri sahaja dan dan satu peratusan yang sama Ansuran yang kena dibayar oleh Pembeli kepada COURTS di bawah PP.

Syarat-syarat Menuntut Pelepasan & Obligasi Pembeli

3.1. Pembeli mesti dengan serta merta selepas suatu Kejadian berlaku, memaklumkan COURTS secara bertulis mengenai Kejadian tersebut dan memberi COURTS salinan-salinan asal atau yang telah diakui sah segala dokumen-dokumen, maklumat-maklumat terperinci, butir-butir, informasi dan/atau penentusahan seperti yang mungkin dikehendaki oleh COURTS dan membuktikannya sehingga COURTS berpuas hati bahawa suatu Kejadian telah berlaku ("Maklumat untuk Tuntutan"). Semua tuntutan mesti dalam apa jua keadaan pun dimaklumkan kepada COURTS dalam sembilan puluh (90) hari dari tarikh kejadian tersebut. Semua hak-hak, pelepasan-pelepasan, manfaat-manfaat dan kepentingan-kepentingan yang Pembeli mungkin mempunyai di bawah IWB ini akan luput dan menjadi batal dan tidak sah sekiranya syarat notis ini tidak dipatuhi dengan tegasnya.

3.2. Pembeli mesti memaklumkan pihak polis secepat mungkin yang munasabah mengenai sebarang kecurian atau percubaan kecurian, atau kerosakan yang diakibatkan oleh orang-orang yang berniat jahat dan bekerjasama dengan COURTS untuk menyabitkan pesalah.

3.3. Pembeli mesti tanpa melengahkan masa mendapatkan dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan yang wajar. Sekiranya berlaku kematian Pembeli notis mesti di mana praktik diberikan kepada COURTS sebelum penahanan atau pembakaran mayat dan menyatakan masa dan tempat mengenai sebarang inkues yang ditetapkan dan COURTS berhak mengadakan pemeriksaan bedah-siasat.

3.4. Walaupun terdapat apa-apa yang bertentangan yang terkandung di dalam IWB ini, Pembeli mesti mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan kehilangan, kerosakan atau kemalangan termasuk:

3.4.1. menutup rapat semua pintu-pintu dan tingkap-tingkap dan cara-cara masuk yang lain;

3.4.2. mematuhi segala obligasi-obligasi berkanun; dan

3.4.3. menyelenggara Bangunan di dalam Lokasi dalam keadaan yang cukup baik dan dibaiki.

3.5. COURTS berhak memberi mana-mana dan segala Maklumat kepada pihak(-pihak) ketiga bagi tujuan menentusahkan tuntutan Pembeli. Pembeli dengan ini menjamin bahawa segala maklumat dan butir-butir yang diberikan oleh Pembeli kepada COURTS adalah betul dan benar.

3.6. COURTS atau wakil(-wakil)nya mempunyai hak dan peluang untuk memeriksa orang yang kehilangan upayanya adalah asas tuntutannya pada bila-bila dan sekerap mana secara munasabah ia diperlukan semasa menunggu penyelesaian tuntutan atau pemberian sebarang pelepasan di bawah ini.

3.7. COURTS atau wakil(-wakil)nya boleh memasuki Bangunan di mana kehilangan atau kerosakan telah berlaku dan mengendalikan penyelematannya dalam cara yang munasabah tanpa menanggung sebarang liabiliti dan tanpa mengurangkan hak-hak COURTS untuk bergantung kepada mana-mana syarat IWB ini dan IWB ini adalah bukti kebenaran dan keizinan untuk tujuan tersebut.

3.8. COURTS mempunyai hak kepada mana-mana Barang di mana satu pelepasan telah diberikan untuk kehilangannya di bawah ini dan Pembeli mesti menandatangani penyerahan-penyerahan hak dan jaminan-jaminan sedemikian mengenai Barang tersebut seperti yang dikehendaki secara munasabah yang memihak kepada COURTS atau sesiapa nomini(-nomini)nya. Pembeli tidak berhak meninggalkan apa-apa Barang tersebut di atas terbiar tanpa mendapatkan kebenaran bertulis COURTS terlebih dahulu.

3.9. COURTS boleh pada budi bicaranya yang tunggal dan mutlak, dengan serta merta menggantungkan (sebelum jika berkenaan, pelepasan secara bertulis) obligasi Pembeli untuk membayar Ansuran yang kena dibayar apabila menerima tuntutan Pembeli yang disokong sewajarnya dengan Maklumat Untuk Tuntutan. Walaupun terdapat apa-apa yang bertentangan yang terkandung di dalam IWB ini, COURTS berhak secara mutlak untuk memberhentikan dengan serta merta penggantungan sedemikian, mencajkan faedah untuk pembayaran lewat ke atas Pembeli dan membuat penyelarasan yang perlu di dalam akaun Pembeli, jika tuntutan Pembeli kemudiannya ditolak oleh COURTS kerana gagal mematuhi pelbagai kriteria yang dinyatakan di dalam IWB dan/atau didapat tahu oleh COURTS adalah palsu atau walau apa jua sebaliknya.

3.10. Di dalam apa-apa tindakan guaman atau prosiding lain di mana COURTS mendakwa bahawa disebabkan peruntukan-peruntukan IWB ini, suatu Kejadian tidak layak untuk pelepasan(-pelepasan), beban membuktikan bahawa Kejadian sedemikian adalah layak terletak di atas Pembeli.

4. Pengecualian dan Pembatalan IWB

4.1. Walaupun terdapat apa-apa yang bertentangan yang terkandung di dalam PJK Berkenaan dan PP, IWB tidak terpakai dan tidak akan terpakai untuk mana-mana PJK Berkenaan dan PP (a) yang mempunyai tempoh lebih daripada bilangan bulan yang dinyatakan dalam Ruang Ke-2 (Tempoh) dalam Jadual IWB atau (b) di mana Pembeli adalah kurang daripada 18 tahun usianya atau lebih daripada 70 tahun usianya pada tarikh permulaan PJK Berkenaan dan PP atau (c) di mana Pembeli bukan warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia, yang menetap di Malaysia, dan adalah terbatal dan tidak sah. Sekiranya COURTS dengan tidak sengaja telah membenarkan seseorang Pembeli (yang tidak layak) untuk membeli Barang di bawah PJK Berkenaan, maka dengan secepat yang praktik selepas penyedaran COURTS mengenai kesilapan tersebut, COURTS akan mengembalikan sebahagian caj yang dipungut oleh COURTS dalam PP yang berkaitan dengan IWB tanpa faedah kepada Pembeli. Demi mengelakkan keraguan, tiada pelepasan dan/atau manfaat-manfaat apa jua sifat pun di bawah IWB akan terakru kepada pihak Pembeli pada apa-apa masa dan Pembeli tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian atau kerosakan apa jua sifat pun terhadap COURTS.

4.2. Jika apa-apa tuntutan adalah dalam apa jua keadaan pun bersifat fraud atau jika apa-apa cara atau muslihat fraud digunakan oleh Pembeli atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Pembeli untuk memperolehi sebarang pelepasan dan/atau manfaat di sini atau jika apa-apa kerugian atau kerosakan adalah disebabkan oleh tindakan sengaja atau dengan subahat Pembeli, semua pelepasan dan/atau manfaat di bawah IWB yang berhubungan dengan PJK Berkenaan dan PP akan dilucuthak dengan mutlaknya.

4.3. Semua pelepasan dan/atau manfaat di bawah IWB yang berhubungan dengan PJK Berkenaan dan PP boleh dibatalkan sekiranya terdapat kejadian salah nyataan (misrepresentation), salah deskripsi (misdescription) atau kegagalan mendedahkan apa-apa butir yang material.

4.4. Walaupun terdapat apa-apa yang bertentangan yang terkandung di dalam IWB ini, Pembeli tidak berhak kepada apa-apa pelepasan dan/atau manfaat jika terdapat apa-apa tunggakan di bawah PJK Berkenaan dan/atau PP pada masa penyerahan tuntutan Pembeli kepada COURTS dan apa-apa pelepasan dan/atau manfaat di bawah ini adalah adalah dilucuthak dengan mutlaknya.

4.5. Kegagalan seseorang Pembeli untuk melaksanakan sebarang tindakan yang dikehendaki oleh COURTS atau untuk memberi COURTS sebarang maklumat atau dokumentasi sedemikian akan melepaskan COURTS daripada sebarang obligasi untuk melepaskan Ansuran yang perlu dibayar oleh Pembeli dan sebarang pelepasan dan/atau manfaat di bawah ini adalah dilucuthak dengan mutlaknya.

4.6. Semua pelepasan dan/atau manfaat yang berhubungan dengan Kejadian yang berkenaan di bawah IWB tidak akan terpakai di dalam mana-mana keadaan yang berikut dan akan secara nyatanya adalah dikecualikan:-

4.6.1. di mana Kejadian tersebut adalah secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau menyumbang kepada atau berbangkit daripada:

  1. Sinaran pengionan atau pencemaran melalui keradioaktifan daripada sebarang bahan api nuklear atau daripada sebarang pembuangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear.
  2. Radioaktif, toksik, letupan atau unsur-unsur berbahaya lain sebarang pemasangan letupan nuklear atau mana-mana komponennya.

Bagi tujuan pengecualian ini, pembakaran adalah termasuk sebarang proses pembelahan nuklear (nuclear fission) secara pengekalan sendiri.

4.6.2. di mana Kejadian tersebut berbangkit dari apa-apa akibat sama ada secara langsung atau tidak langsung berikutan:

  1. Peperangan, penyerangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seakan peperangan (sama ada peperangan telah diisytiharkan ataupun tidak), perang saudara, dahagi, penentangan, revolusi, pemberontakan atau kuasa tentera atau rampasan kuasa.
  2. Tindakan-tindakan keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak atau pihak-pihak yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi.

Bagi tujuan pengecualian ini, keganasan bermaksud kegunaan keganasan untuk matlamat politik dan termasuk sebarang kegunaan keganasan bagi tujuan meletakkan orang awam atau mana-mana bahagian orang awam di dalam ketakutan.

4.6.3. di mana Kejadian tersebut secara langsung diakibatkan oleh tekanan gelombang yang disebabkan oleh pesawat udara dan alatan-alatan udara yang bergerak pada kelajuan sonic atau supersonik.

4.6.4. Klausa Penjelasan Kerosakan Harta – Kerosakan harta bermaksud kerosakan fizikal Barang. Kerosakan fizikal kepada bahan harta tidak termasuk kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya apa-apa perubahan mudarat kepada data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh potongan, kerosakan atau pencatatan struktur asal. Disebabkan itu yang berikut adalah dikecualikan:

  1. Sebarang kerugian dan kerosakan akibat apa-apa kemerosotan dalam fungsi, kesediaan, julat kegunaan atau kebolehan mendapat data, perisian atau program komputer.
  2. Sebarang kerugian gangguan perniagaan akibat dari (a) di atas.

4.6.5. Klausa Pengecualian Risiko Tenaga Radioaktif/Nuklear – di mana apa-apa Kejadian adalah secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berhubungan dengan mana-mana yang berikut tanpa mengira apa-apa sebab atau kejadian lain yang menyumbang secara serentak atau dalam sebarang urutan kepada kerugian tersebut:

  1. Sinaran pengionan atau pencemaran melalui keradioaktifan daripada sebarang bahan api nuklear atau daripada sebarang nuklear atau daripada pembakaran bahan api nuklear.
  2. Radioaktif, toksik, letupan atau unsur-unsur berbahaya lain atau bahan-bahan pencemaran sebarang pemasangan nuklear, reaktor atau pemasangan nuklear lain atau komponen nuklearnya.
  3. Sebarang senjata peperangan yang menggunakan pembelahan dan/atau pelakuran atomik atau nuklear atau reaksi lain yang serupa atau kuasa atau bahan radioaktif.

4.6.6 Klausa Mengenal Pasti Tarikh -

  1. di mana kerugian atau kerosakan termasuk kehilangan kegunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan diri), perbelanjaan ditanggung atau sebarang kerugian berbangkit secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, terdiri daripada, atau timbul dari, kegagalan atau ketidakupayaan mana-mana komputer, data, peralatan pemprosesan, mikrocip media, sistem operasi, pemproses mikro (microprocessors) (cip komputer), litar bersepadu (integrated circuit) atau alat peranti serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada harta Pembeli ataupun tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat dari kegagalan atau ketidakupayaan alat peranti dan/atau perisian tersebut yang disenaraikan di atas untuk:

    1. mengenal pasti dengan betul mana-mana tarikh sebagai tarikh kalendar sebenarnya;
    2. menangkap, menyimpan, atau mengekal, dan/atau memanipulasi dengan betul, mentafsir atau memproses sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan dengan betul akibat menggunakan sebarang tarikh selain dari tarikh kalendar sebenarnya; dan/atau
    3. menangkap, menyimpan, mengekal atau memproses sebarang data dengan betul akibat pengendalian sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, di mana suatu perintah mengakibatkan kehilangan data atau ketidakupayaan untuk menangkap, menyimpan, mengekal atau memproses data dengan betul pada atau selepas mana-mana tarikh.
  2. pembaikan atau pengubahsuaian mana-mana bahagian sistem pemproses data elektronik atau mana-mana bahagian alat peranti dan/atau perisian yang disenaraikan di atas.
  3. di mana kerugian atau kerosakan termasuk kehilangan kegunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan diri) perbelanjaan ditanggung atau sebarang kerugian berbangkit secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh apa-apa nasihat, rundingan, reka bentuk, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Pembeli atau untuk pihak Pembeli atau oleh atau bagi pihak lain untuk menentukan, memperbetulkan atau membuat ujian sebarang kegagalan berpotensi atau yang sebenarnya, pincang tugas atau kekurangan yang dinyatakan di atas.
  4. di mana kerugian berbangkit akibat daripada apa-apa ketidakupayaan berterusan komputer dan peralatan yang tersebut di atas untuk mengenal pasti dengan betul mana-mana tarikh sebagai tarikh kalendar sebenarnya selepas harta yang hilang atau rosak telah diganti atau diperbaiki.

Kerugian atau kerosakan tersebut, kecederaan (termasuk kecederaan diri), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian berbangkit yang dirujuk di atas, adalah dikecualikan tanpa mengira apa-apa sebab lain yang menyumbang secara serentak atau dalam urutan lain kepadanya.the repair or modification of any part of any electronic data processing system or any part of any device and/or software as listed above.

4.6.7. Klausa Sekatan, Had dan Pengecualian – Jika IWB mendedahkan penanggung-penanggung insurans COURTS kepada apa-apa sekatan, larangan atau batasan di bawah resolusi-resolusi Bangsa-bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah atau sekatan-sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan mana-mana bidang kuasa yang terpakai kepada penanggung insurans tersebut.

4.7. Semua pelepasan dan/atau manfaat di bawah IWB akan secara otomatik tamat dan menjadi batal dan tidak sah apabila Pembeli menyelesaikan dengan sepenuhnya Tunggakan di bawah PJK Berkenaan (termasuk penyelesaian awal) dan PP.

5. Sijil Akhir dan Muktamad

5.1. Satu pernyataan atau sijil (dengan atau tanpa tandatangan, sama ada dikeluarkan dengan tangan atau dihasilkan oleh komputer) daripada COURTS adalah mengikat, konklusif dan bukti muktamad mengenai pelepasan dan/atau manfaat yang Pembeli berhak kepada dan/atau amaun yang COURTS kena (sekiranya liabiliti diakui oleh COURTS) melepaskan di bawah IWB ini dan/atau sama ada suatu Kejadian yang dikatakan adalah layak di bawah IWB ini.

5.2.Sebarang kuasa, budibicara, kelayakan, kebebasan atau hak untuk membuat keputusan yang diberikan kepada COURTS boleh dilaksanakan oleh COURTS tanpa bersyarat pada budi bicaranya yang mutlak, pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa, tanpa perlu apa-apa notis atau rujukan terlebih terdahulu kepada Pembeli, dan tanpa perlu untuk memberi apa-apa sebab untuk pelaksanaan kuasa, budibicara, kelayakan, kebebasan atau hak tersebut.

Pembeli dan jika berkenaan, Pembeli Bersama mengakui dan mengatakan bahawa mereka telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju diikat olehnya.