Instant Replacement

Language: EN| BM

Kontrak Perkhidmatan Pelan Gantian Segera:

Kontrak ini memperuntukkan gantian produk yang anda beli ("Produk") jika ianya didapati adalah defektif dalam tempoh satu (1) atau dua (2) tahun dari penamatan waranti bertulis asal pengilang, bergantung kepada tempoh Kontrak yang anda membeli. Apabile Produk mengalami kegagalan yang disebabkan oleh defek elektrikal atau mekanikal, anda akan menerima satu produk gantian yang baru yang sama jenis, kualiti dan nilainya. Sejusteru Produk telah diganti, Kontrak akan tamat secara otomatik.

Produk mestilah dibeli baru dari COURTS (seperti yang ditakrifkan di bawah) dan jika tidak dibeli serentak dengan Produk, Kontrak yang berkenaan dengan Produk mesti dibeli oleh anda dalam 30 hari dari tarikh penghantaran serah Produk. Tempoh Kontrak adalah 1 atau 2 tahun bermula dari tarikh pembelian atau tarikh penghantaran serah Produk (yang mana lebih kemudian) dan akan tamat tempoh pada ulangtahun yang berkenaan tempoh yang dipilih.

Kelayakan Produk

Kontrak hanya melindungi Produk yang:

  1. dibeli baru dari COURTS.
  2. dibuat untuk kegunaan di Malaysia.
  3. yang mempunyai, pada masa pembeliannya, waranti pengilang yang lengkap dan asal yang sah di Malaysia.
  4. dalam kes Produk pengguna seperti barangan elektrik dan peralatan-peralatan utama, ianya adalah atau telah dihadkan kepada penggunaan domestik dan peribadi. Peralatan pejabat seperti mesin-mesin faksimili, mesin-mesin salinan dan komputer-komputer juga dilindungi di bawah pengunaan di pejabat kecil/pejabat rumah sahaja.

Definisi:

Dalam Kontrak ini, perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud berikut:

  1. "kami," "kita", "kami punya" atau "COURTS" merujuk kepada COURTS (Malaysia) Sdn Bhd (154820-D);
  2. "anda" dan "anda punya" merujuk kepada Pelanggan atau Pembeli dan jika berkenaan, Pembeli Bersama Produk yang dilindungi oleh Kontrak.
  3. "Perlindungan" bermaksud perlindungan terhadap defek mekanikal dan elektrikal dalam Produk

Penyimpanan Rekod

Untuk layak mendapatkan satu gantian Produk, anda mesti mengemukakan Kontrak Perkhidmatan Pelan Gantian ini (atau di mana berkenaan, Perjanjian Perkhidmatan COURTS) yang membuktikan pembelian Kontrak Perkhidmatan ini oleh anda dan semua resit produk yang asal. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menyimpan dokumen-dokumen ini di satu tempat yang selamat.

Dikecualikan dari Perlindungan:

  • Produk-produk yang masih dilindungi dibawah waranti asal bertulis pengilang, waranti pembaiki, atau sebarang waranti lain yang masih berkuat kuasa.
  • Masalah atau defek yang tidak dilindungi di bawah waranti utama bertulis pengilang asal.
  • Sebarang defek yang menjadi subjek penarikan balik oleh pengilang.
  • Kegagalan anda untuk mematuhi pengesyoran pengilang kepada anda mengenai penyelenggaran rutin, pemeriksaan, pembersihan, pelinciran, pelarasan atau penjajaran luarannya atau apa-apa arahan lain.
  • Bahan-bahan yang tidak beroperasi atau kosmetik, cat, warna, atau siapan akhir Produk; aksesori yang digunakan di dalam atau bersama Produk; kabel, tali, kartrij dan jarum, pita dan perisian (termasuk perisian yang diberikan dengan komputer peribadi), opsyen tambahan yang dimasukkan ke dalam suatu Produk di mana opsyen tersebut tidak perlu untuk fungsi asas Produk.
  • Pengubahsuaian tanpa kebenaran yang dibuat ke atas Produk dan/atau masalah/defek yang timbul akibat pengubahsuaian tanpa kebenaran tersebut, nombor siri yang diubah; kegagalan untuk mematuhi arahan pengilang mengenai pemasangan, operasi atau penyelenggaraan; pembaikan yang dilakukan oleh pembaiki yang tidak diberi kuasa; sebarang bahan yang tidak menjejaskan fungsi Produk; imej terbakar.
  • Perisian (termasuk sistem operasi dan sebarang data yang disimpan), defek akibat langsung daripada pemasangan dan/atau pengeluaran perisian, virus komputer, pencegahan virus, dan persisian lain.
  • Pembaikan ke atas perkakasan yang telah ditambahkan selepas pembelian asal Produk.
  • Bahan-bahan pengguna yang diguna-habis seperti tali pembersih mesin hampagas, toner, katrij pencetak atau dakwat, mentol, cakera padat, pita digital, dsb.
  • Bateri, dalam atau di luar Produk yang bukan peralatan pengilang asal ("OEM") tidak kira sama ada bateri tersebut boleh dicas semula ataupun tidak.
  • Kerosakan luaran seperti pendawaian, sambungan elektrik atau sistem paip air, paip, rangkaian, pemasangan, penyusunan semula isyarat penerimaan (isyarat lemah), dan sebarang kerugian berbangkit yang lain.
  • Pembaikan yang perlu akibat kerosakan fizikal yang sengaja atau kerosakan akibat penenggelaman air.
  • Kegagalan yang disebabkan oleh penukar voltan, gangguan atau lonjakan bekalan kuasa, voltan atau arus yang tidak mencukupi atau tidak betul.
  • Kos diagnosis di mana tiada defek didapati atau dicatatkan.
  • Caj perkhidmatan di-tapak.
  • Caj dan kerosakan penghantaran, caj perkhidmatan ekspres, kerosakan semasa pengangkutan, peralihan, pemasangan atau pemasangan semula Produk kecuali di mana ianya dinyatakan secara nyata dalam Kontrak, produk pinjaman semasa proses pembaikan.
  • Kegunaan komersil (pelbagai pengguna dalam satu organisasi), sewaan umum, kegunaan untuk keuntungan atau kegunaan komunal dalam perumahan pelbagai keluarga.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat dari kebakaran atau banjir, walau bagaimana pun terjadi.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat dari bencana alam (termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi), perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seakan perang, perang saudara, kekecohan awam.
  • Sebarang liabiliti yang timbul dari waranti tersirat kebolehdagangan, waranti tersirat kebolehgunaan, dan liabiliti ketat.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat kecuaian apa jenis pun.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh kemalangan, keabaian, haiwan dan serangga dan/atau serangan organik (dari sumber dalaman atau luaran), penyalahgunaan, salah-guna, rompakan, kecurian, pasir, kerosakan air, kakisan, kebocoran bateri, bencana alam, kegunaan komersial (kecuali produk pejabat seperti mesin faksimili, mesin salinan, pengimbas, pencetak dan komputer).
  • Masalah penerimaan dan penghantaran akibat sebab-sebab luaran.
  • Sebarang kegagalan, tidak boleh fungsi, defek, tidak boleh operasi, kerosakan, gangguan, atau pemberhentian produk atau sebarang produk, fungsi atau apa-apa fungsi yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung dengan reka bentuk, perancangan atau kejuruteraan yang tidak serasi dengan, peninggalan atau kekurangan berkenaan dengan peristiwa tahun 2000.
  • Sekiranya Produk tidak diserahkan untuk gantian dalam tiga puluh (30) hari dari kerosakannya.
  • Penggunaan perkhidmatan dalam apa-apa perdagangan haram atau pengangkutan atau dalam melakukan feloni.
  • Sebarang liabiliti yang timbul dari Produk atau kegunaannya.
  • Sebarang tindakan fraud, atau tindakan lain yang tidak jujur atau jenayah.

Liabiliti:

Hak maksima anda tidak akan dalam apa jua keadaan pun melebihi harga belian sebenarnya untuk Produk yang dilindungi. Anda dikehendaki membayar amaun lebihan jika nilai produk Gantian adalah lebih daripada harga belian yang anda bayar untuk Produk asal anda. Kami tidak akan dalam apa keadaan jua pun bertanggungjawab terhadap mana-mana orang atau harta untuk apa-apa gantirugi sampingan, kontingen, khas atau yang berbangkit. Kontrak ini tidak boleh dipindahmilik.

Pembatalan:

Kontrak ini akan dibatalkan disebabkan fraud atau salah nyataan material, termasuk tetapi tidak terhad kepada kegunaan komersial atau penyewaan dan pembaikan tanpa kebenaran ke atas Produk yang dilindungi.

Untuk Perkhidmatan di Malaysia - Sila Hubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS di 1800 18 1108

Apabila Produk mengalami kegagalan yang disebabkan oleh defek elektrikal atau mekanikal, anda mesti menghubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS di 1800 18 1108 untuk melaporkan kegagalan tersebut semasa waktu bekerja. Wakil Perkhidmatan Pelanggan kami sedia untuk membantu anda melalui proses perkhidmatan. Untuk mempercepatkan perkhidmatan, sila pastikan bahawa anda mempunyai butir-butir Kontrak dan ianya sedia ada sebelum menghubungi kami. Sekiranya kegagalan tidak dilaporkan kepada kami sebelum permintaan anda untuk gantian, gantian tidak akan diluluskan. Sekiranya waranti pengilang asal masih sah, anda dikehendaki menggunakan waranti pengilang asal walau pun Kontrak sedang berkuat kuasa.

Gantian hanya boleh dijalankan di kedai outlet COURTS yang dilantik oleh kami dan adalah tertakluk kepada kebenaran kami yang terlebih dahulu. Semasa tempoh Kontrak, barang mudah alih mesti dibawa kepada kedai outlet kami yang dilantik. Untuk gantian, resit/inbois jualan Kontrak untuk Produk mesti dikemukakan.

Penamatan Kontrak

Kontrak akan tamat jika mana-mana yang berikut berlaku:-

    1. pada tamat tempoh Kontrak;
    2. jika Produk diserahkan kepada COURTS; atau
    3. notis bertulis anda kepada kami yang memaklumkan kami mengenai pembatalan Kontrak bersama dengan penyerahan balik kepada kami resit/inbois jualan asal dalam 30 hari dari tarikh pembelian Kontrak.

COURTS merizabkan hak untuk menamatkan Kontrak jika mana-mana bayaran ansuran di bawah Perjanjian Jualan Kredit untuk Produk tidak dibayar untuk satu tempoh 3 bulan dan semua fi yang dibayar kepada COURTS yang berkaitan dengan Kontrak ini tidak akan dikembalikan dan akan dilucuthak secara mutlak.

Kontrak Perkhidmatan

Kontrak ini adalah satu kontrak perkhidmatan. Kontrak ini bukannya satu polisi insurans atau jaminan yang diberi oleh COURTS berkenaan dengan sifat bahan, mutu kerja atau prestasi Produk.

Penyerahhakkan Kontrak

Sekiranya anda menjual atau memindahmilik Produk anda kepada pengguna lain dalam tempoh Kontrak, anda mesti menghubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS dalam 14 hari dan memindahmilik Kontrak secara bertulis. Adalah juga mustahak bahawa anda melaporkan alamat baru anda sekiranya anda berpindah dan mengambil Produk bersama-sama anda. Anda hanya boleh memindah Kontrak ini jika anda telah membeli Produk secara tunai atau jika anda telah menyelesaikan dan menyempurnakan semua obligasi dan liabiliti di bawah Perjanjian Jualan Kredit yang berkaitan dengan Produk.

Perlindungan Data Peribadi

Kontrak ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Sila ambil seketika untuk memastikan bahawa semua butiran, khususnya maklumat peribadi anda yang dicetak dalam Kontrak ini adalah betul. Kegagalan untuk kembali dalam 14 hari dari tarikh Kontrak ini bermakna bahawa semua maklumat peribadi anda yang terkandung di sini adalah lengkap, benar dan tepat. Sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan dan disimpan oleh kami adalah untuk tujuan melaksanakan obligasi kami di bawah Kontrak ini dan juda untuk mengemaskinikan anda mengenai sebarang perkhidmatan kami yang berkaitan. Sila dimaklumkan bahawa demi melaksanakan obligasi kami di bawah Kontrak ini, kami akan menzahirkan maklumat peribadi anda kepada AIG, dan seterusnya mungkin dizahirkan oleh AIG kepada individu-individu, pembekal-pembekal perkhidmatan & organisasi-organisasi yang berkaitan dengan AIG atau mana-mana pihak ke-3 lain yang terpilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk insurans semula & syarikat-syarikat penyiasatan tuntutan & persatuan-persatuan industri) untuk tujuan menyimpan dan memproses permohonan ini dan membekalkan perkhidmatan(-perkhidmatan) seterusnya untuk tujuan ini, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan AIG dan padanan data, kaji selidik dan untuk berkomunikasi dengan anda untuk tujuan tersebut dan untuk membolehkan sokongan proses hujung-akhir dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Kontrak ini. Anda memahami bahawa anda berhak untuk mendapatkan akses kepada dan untuk meminta pembetulan mana-mana maklumat peribadi yang dipegang oleh kami dan/atau AIG yang berkenaan dengan diri anda. Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan di atas. Dengan penyerahan maklumat peribadi anda, anda menandakan bahawa anda membenarkan kami dan/atau AIG atau mana-mana pihak ketiga yang terpilih untuk terus memaklumkan anda mengenai apa-apa produk, perkhidmatan dan acara yang akan datang yang lain. Jika anda tidak ingin dihubungi oleh kami atau AIG, anda boleh memilih untuk dikeluarkan pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami atau AIG, sepertimana yang terpakai.

Walaupun Kontrak ini mungkin dikeluarkan semula dalam beberapa bahasa, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi.

Pelanggan dan jika berkenaan, Pembeli Bersama dengan ini mengesahkan dan menyatakan bahawa mereka telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas, dan bersetuju diikat olehnya.

NOTA: Tandatangan Pembeli/Pembeli Bersama tidak perlu jika anda menandatangani suatu Perjanjian Perkhidmatan dengan COURTS.