MAKANAN “READY TO EAT (RTE)” PILIHAN PPIM DAN COURTS MALAYSIA DALAM MENYANTUNI ANAK – ANAK YATIM, TAHFIZ, FRONTLINER DAN ORANG RAMAI BAGI SUMBANGAN INFAQ REZEKI BULAN RAMADHAN

Kuala Lumpur, Setapak – 22 April 2022
Sempena Ramadhan yang mulia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan COURTS Malaysia telah bekerjasama mengadakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada 22 April 2022 bertempat di COURTS Malaysia, Setapak. Program ini bagi menyantuni beberapa penerima manfaat antaranya anak – anak yatim, tahfiz, petugas barisan hadapan (frontliners),dan pelanggan COURTS Malaysia. PPIM dan COURTS Malaysia telah mengambil inisiatif bagi membuat sedikit kelainan pada tahun ini dalam memberi sumbangan berbentuk makanan “Ready to eat (RTE)” berbeza dengan kebiasaan tahun sebelumnya iaitu sumbangan bubur lambuk.

Makanan “Ready to eat (RTE)” adalah makanan yang sedia dimakan, mudah dan menjimatkan masa, juga mempunyai beberapa kelebihan antaranya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga Dua (2) tahun, dapat digunakan sebagai persediaan jika berlaku bencana/musibah seperti banjir, kebakaran, juga sesuai untuk perjalanan jauh. Ianya juga bagi memberi kesedaran keperluan makanan “Ready to eat (RTE)” bagi mengelakkan pembaziran makanan jika berlaku lebihan.

Bagi Program Infaq Rezeki Ramadhan ini, Alhamdulillah sebanyak 850 bungkus pek makanan “Ready to eat (RTE)” telah diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan. Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan COURTS Malaysia telah memilih makanan “Ready to eat (RTE)” daripada jenama Ezeefood kerana terdapat banyak pilihan untuk juadah nasi, lauk pauk dan juga pencuci mulut. Antara menu yang diagihkan semasa Program Infaq Rezeki Ramadhan ini adalah ; Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng Paprik, Ayam Masak merah, Rendang Daging, dan pencuci mulut pula ialah, Bubur Pulut Hitam dan Bubur Durian Kacang Hijau. Harga yang ditawarkan bagi makanan “Ready to eat (RTE)” juga berpatutan iaitu purata harga bermula daripada RM 7.00 hingga RM 19.00.

Ketua Aktivis PPIM, toqqi@nadzimjohan berkata "Kerjasama antara PPIM dan COURTS Malaysia dalam memberikan makanan “Ready to eat (RTE)” kepada para penerima manfaat merupakan satu inisiatif baru dalam mengurangkan pembaziran selain boleh dijadikan sebagai persediaan awal bekalan makanan (Food Security) jika berlaku bencana/musibah. Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersedia menghadapi dugaan yang mendatang kerana tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran terutama dalam bulan Ramadhan ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak COURTS Malaysia kerana berjaya mengadakan program yang sangat baik bagi memberi kesedaran kepada para pengguna. Diharapkan lebih banyak program sebegini dapat diadakan supaya dapat membantu lebih ramai golongan sasar yang memerlukan. - Datuk Nadzim Johan (Toqqi @ Ketua Aktivis - PPIM).
COURTS MALAYSIA (Ketua Jabatan Pemasaran , Cik Desiree Tan Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PPIM dalam melaksanakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada tahun ini yang memberikan sedikit kelainan dari segi makanan sumbangan. Kami melihat pemberian makanan “Ready to eat (RTE)” ini sebagai satu idea yang baru dalam mendidik pengguna supaya lebih bijak dan Memupuk kesedaran pengguna tentang pembaziran.

PENERANGAN COURTS TENTANG PROMOSI:

Pihak Courts mengutamakan kepuasaan pelanggan dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga yang tersayang. Oleh itu, Courts ada menawarkan caj terma serendah iaitu 0.77% sebulan agar semua pelanggan dapat memiliki barangan idaman dengan ansuran yang rendah. Untuk memberi lebih nilai pembelian, tiada caj dokumen dan bayaran pendahuluan akan dikenakan.Sekaligus, pelanggan boleh membeli tanpa memikirkan bayaran tambahan yang perlu dibuat. Seterusnya, untuk memberi ketenangan fikiran , Courts ada menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan. Antaranya seperti, Jaminan Lanjutan Barang dan Pakej Perlindungan akibat kecurian, kemalangan, banjir, kehilangan pekerjaan dan juga kemasukan hospital yang tertakluk kepada terma dan syarat.Khusus bagi Program Infaq rezeki , sempena Ramadhan ini, COURTS Malaysia telah menyediakan promosi eksklusif yang bertujuan untuk menghargai semua barisan hadapan dan rakan-rakan media dengan menawarkan harga RM1 bagi pembelian tambahan di cawangan Setapak dari 22 – 24 April 2022.
Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT program ini telah berjaya dilaksanakan serta mendapat perhatian positif dari pelbagai pihak. PPIM dan COURTS Malaysia berharap lebih banyak program kerjasama dapat diadakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
Puan Siti Khadijah Hassan Berseri (Ketua Operasi – Unit Kebajikani PPIM di talian +6012-3578663 atau Cik Anis Sakinah (Pegawai Perhubungan Koperat PPIM) di talian +6018-9672930..

Hanis Hussain di talian +6019-3251651 (Hliyana@courts.com.my) Jabatan Pemasaran COURTS Malaysia. Sekian

- TAMAT -